Thursday, March 15, 2012

Sekarang dah tak selamat

Rasa kesian sangat dengan allahyarhamah adik Nurul Nadirah @ Dirang yang meninggal kerana dibunuh dan dibakar. Manusia zaman sekarang dah semakin terhakis sifat kasih-sayang dan perimanusiaan. Nyawa manusia ibarat mainan, dah tiada harga.

Ramai menyalahkan ibunya kerana leka dek facebook, seperti yang disiarkan akhbar. Namun, statement akhbar itu tidak pula menyebut bahawa si ibu sedang dalam pantang. Dek kerana itu, berbakul-bakul caci maki dan sumpah seranah dihadiahkan oleh orang ramai kepada si ibu kerana membiarkan si anak ke kedai sendirian.Kasihan sangat, try to put yourself in her shoes..don't simply judge her dari statement akhbar yang kita tak boleh percaya 100%.

Saya memahami dan mengerti bagaimana kehidupan anak-anak di flat atau apartment.Tapi bukanlah kerana saya pernah duduk di flat bersama keluarga. Pengalaman saya berbeza..

Zaman sekolah dulu kerap kali setiap musim cuti sekolah saya akan dijemput oleh sepupu untuk tinggal di rumahnya di flat/apartment di Wangsa Maju, KL. Walaupun sepupu saya hanya dua beradik perempuan yang lebih tua dari saya, kehadiran saya sebenarnya lebih kepada menemani makcik yang duduk sendirian di rumah waktu siang, kerana semua anak-anak dan pakcik keluar bekerja.
Beberapa minggu selama beberapa kali musim cuti sekolah saya duduk di situ, saya lihat pergerakan anak-anak memang sangat bebas. Maklumlah kanak-kanak kan memang suka keluar bebas bermain. Makcik saya juga tidak menghalang saya keluar bermain di luar, malah saya pernah ke blok-blok lain seorang diri, ke kedai runcit, malah ke Jaya Jusco juga sendirian. ketika itu, jarang sekali kedengaran kes kanak-kanak diculik atau dibunuh sesuka hati. Ya, zaman ketika itu masih dikategorikan zaman selamat.

Sebenarnya bukan mudah untuk ibu bapa mengawal anak-anak dari bermain di luar, kecualilah keadaan rumah amat selesa dan banyak aktiviti permainan yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Dek kerana rumah makcik saya ketika itu kecil dan tiada apa-apa yang menarik boleh saya lakukan, maka setiap hari saya keluar bermain dengan anak-anak flat lain. Di situ juga saya belajar 'budaya' hidup KL yang terbiasa dengan carutan dan kata-kata kurang enak. Syukur ketika kecil keluarga kami menginap di kampung, jadinya kami kurang terdedah kepada budaya seperti itu.

Bila balik ke kampung, terbawa-bawa jugak budaya KL namun ditegah dan ditegur oleh adik-beradik dan mak abah saya.

Menjelang zaman kampus di KL juga, saya menginap di flat Kerinchi selama 2 tahun setengah, dan di situ juga saya melihat fenomena yang sama. Anak-anak bebas keluar bermain di bawah flat, atau blok-blok lain. Malah bebas ke pasar malam di seberang jalan. Zaman itu juga, masih tidak banyak kes kedengaran seperti yang berlaku masa ini. Zaman itu masih dikira agak selamat.

Namun, hari ini..segalanya sudah tak selamat. Anak-anak sudah tak boleh dibiarkan bebas berkeliaran ke sana ke sini walaupun di kampung. Teringat ketika saya di Tingkatan 2, saya harus keluar menunggu bas sekolah jam 615 pagi seorang diri dalam kegelapan, adakalanya berteman senior sekolah lain. Abah yang menghantar hanya memantau dari jauh sehingga saya selamat menaiki bas.Syukur zaman itu juga masih selamat. .membuatkan saya terfikir, boleh lagikah perkara seumpama itu dilakukan pada masa kini?Ibu bapa zaman sekarang perlu lebih teliti memantau pergerakan anak-anak terutamanya di tempat-tempat awam. Sedangkan di depan rumah juga boleh diculik, apatah lagi di tempat awam.



Monday, March 12, 2012

Sibuk sangatlah tuuu

Saya tak bleh terima alasan parents yang kunun 'tak sempat' bawak anak gi klinik sebab sibuk,sibuk, sibukk..
come on la..pandai-pandai manage kesibukan tu, bukan kau sorang yang sibuk dalam dunia ni.
Setla priority pandai-pandai ..haihh..sengal betul mak bapak macam ni, kesian anak-anak..

Kesimpulan percutian

Saya terlupa nak post entry pasal percutian haritu..ada few things yang saya nak share kat sini especially bila gi melancong.
Dah banyak kali melancong ni, few things yang saya nak kongsi :

1. payah nak memerut kat mana-mana kecuali kat hotel..sometimes kat hotel pun leceh gak.
Ini sebab culture yang berbeza. Kita dah biasa istinjak dengan air kan, tapi depa plak pakai tisu jek. Dah tentu la rasa sangat tak selesa, nak-nak lagi kalau dalam bilik air depa tu siap berkarpet bagai. Maksudnya tak dapekla nak pakai air ganas sangat..kok tak habis basah karpet depa.

2. bab makan minum
Ini biasalah..kalau gi negara orang memang susahla nak makan puas-puas atau sesedap kat negara kita. Ada certain tempat memang susah nak jumpa makanan halal. Worst, kalau airport negara tu plak tak benarkan kita bawak food dari negara kita. So kalau ada meggi, 3 in 1, atau bekal2an makanan instant ni semua akan dicampakkan dalam tong sampah kat airport lagi.So before melancong better check polisi negara tu camne..kalo tak, memang membazir je la bwk banyak2.

3. hotel kedekut
Kat europe country yang saya dah pegi, memang takkan jumpa la air mineral ke, 3 in 1 ke, kettle ke macam hotel tempat kita. kalau hotel 3 atau 4 bintang tu ada la jugak bagi air mineral. Lain-lain tu dalam mini bar, kena bayar ok. Ada juga hotel kedekut takde wifi dalam bilik. Kat airport pon takde wifi free okey..semua kena bayar.

4. tempat solat
Certain country yang saya pernah pergi, ada juga diorang sediakan multiple faith room untuk solat atau segala macam ibadah untuk semua agama. Tapi ada juga yang tak ada langsung, so kena cari tempat-tempat yang sesuai untuk jalankan tanggungjawab. Takde surau bukan bermakna kita boleh tinggalkan solat. Islam itu mudah, kan..

5. Cuaca
Haha saya rasa saya tak tahan la kalau duduk negara yang ada musim sejuk nih. Serius sejuk gile..bila dah sejuk sangat tu, muka pun naik banyak jerawat batu, hidung berdarah, keras..bibir pecah dan pedih-pedih..kaki slalu cramp. Takleh bayangkan kalau kena kerja/study abroad macam tu. Maklum le..aku orang kampung. Huhuu..

6. Mazhab / fahaman
Ini bila gi negara Islam. Lain negara lainlah mazhab pegangan kan..dan kita boleh ikut yang sesuai pada tempatnye lah..contoh kalau kita gi Mekah/ madinah..kena ikut mazhab sana, bukan mazhab syafie sebab mazhab syafie ni strict bab ibadah. Kalau bersentuh semasa tawaf, saie wudhuk dah batal tapi mazhab lain tak batal.Contohnya lah..
Saya pernah ke Mesir dulu dan masuk satu masjid untuk solat. Saya solat dengan pakaian ketika itu dan berstokin. Bila saya selesai solat, wanita-wanita Arab kat situ tanya saya, kenapa saya solat pakai stokin?Sebab diorg kat sana solat gitu-gitu je tak payah berstokin pon.
Sama juga ketika solat di musolla airport morocco, saya tengok sign kiblat arah sana, tapi jemaah lelaki solat arah lain, berjemaah pulak tu. Bila saya tanya pada jemaah perempuan kat luar tu, ada la jemaah lelaki jawab : "takde masalah, semua bergantung pd imam." [maksudnya kalau imam solat kiblat salah, imam lah tanggung, bukan jemaah]..hahah..senang betul hujah dia.

dan banyak lagilah..kalau saya ingat nanti saya update ok..



Friday, March 9, 2012

Exclamation Mark

Bila korang akan guna exclamation mark dalam penulisan korang? Saya guna bila saya nak stresskan my point atau nak express geram / marah. Tapi ada juga orang suka sangat guna exclamation mark tu dalam penulisan dia, memang dah hobi kot. Apa tanggapan korang bila baca statement orang macam tu ek?

Bagi saya kalau statement biasa2, acceptable lah..Tapi kalau si polan tu type yang suka buat statement provocative, lepas tu rasa diri hevvattt sangat..knowledgeable, genius..haruss la rasa sangat menyampah dan jelik kan.

Some people are just like that..just deal with it..ek?

Tuesday, March 6, 2012

Treatment

cadang nak buat entry pasal treatment di LPPKN, tapi tergendala sebab 2 kali dah saya miss appointment dengan doktor sebab masalah masa tak kena. Kali ni plak saya nak citer pasal treatment lain ~ acne / skin treatment.

Actually tak terfikir pun nak jumpa specialist pasal masalah acne kat muka yang bertambah teruk lepas balik dari Spain aritu. Seriusly, tetiba bile sampai sana jerawat batu tumbuh diiringi anak-anak jerawat lain. Haihh..tensen guwe. Makanya saya pun beli la cleanser dan crim acne product sana atas nasihat pharmacist tapi takde kesan gak.

Dalam hati dah terpikir, mungkin sebab cuaca kot?Air kot? Or udara yang membuatkan kulit muka jadi sangat sensitif walaupun memang kulit muka saya jenis sensitif + oily. Dah berpuluh produk saya try tapi takde yang bisa bertahan lama. Tensen + stress tau bile acne naik banyak2 kat muka ni. Then my officemate suggest pegi jumpa specialist.."eh, betul jugak kan..why not pegi jumpa specialist je.."kata saya dalam ati.

Lepas tu dok gugel la mane specialist yang femes kat area dekat-dekat sini. Ade3-4 dalam list, saya pun pilih la Klinik Nathan Skin & Laser centre kat Menara UOA, Bangsar. Tak susah carik, parking pun senang. Saya jumpa dengan Doc Sunita.

"How long ada masalah ni?"
"emm..about 10 yearss..sejak study dulu."
"10 years?Tak pernah jumpa doktor?"
"tak"
then dia geleng-geleng kepala.. and start checking..
"Quite bad" katanya..dan dia pon teruslah explain ape masalah nya dan bagi 2 option treatment :

1- ubat yang boleh sembuhkan dalam masa 3 bulan, tapi you cannot conceive dalam masa 6 bln rawatan.
2- ubat yang lambat sembuh- lebih kurang 5-6 bulan tapi boleh conceive if you're planning for baby.

So i go to 2nd option sebab memang i'm planning for baby cuma tak tahu bila Allah nak kurniakan..

Then doc bagi lah ubat makan antibiotik, satu ubat sapu muka dan krim muka. Will follow up in 2 weeks time untuk monitor perkembangan.

Hopefully this time it works lah. Dulu pernah survey treatment kat beauty centre..kosnya dalam 4k. Mahal giloss..baik jumpa specialist..kan..

Monday, March 5, 2012

Madrid + Granada = Spain

Haritu dah upload gambar di Morocco kan..now gambar di Spain pulak. Kat sini tak lama sangat jugak, so plan ke Cordoba terpaksa dibatalkan dek kerana tak cukup masa. Kami ke Madrid dan Granada je, then fly back ke Marrakech, Morocco.

Kami stay di sini kat Madrid

Makan makanan Arab je kat cni. Kat Madrid dan Granada tak susah cari kedai Arab

Ke mana-mana naik tren/metro je. Ambil tiket untuk 3 hari terus

Stadium Madrid

Flight ke Dubai delayed!

Plaza de Toros, tempat bull fight.Tapi musim sejuk tutup

Pemandangan tempat ski, Sierra Nevada dari atas bas

Inside alhambra, Granada

Alhambra juga

Letih menapak daki tangga mencari al-Bayzin tapi x jumpe.Sadis ok.haha

Galeri stadium Madrid

Must visit in Madrid, Plaza Mayor

Granada
Alhambra

Alhambra juga..Nazaries palace

Friday, March 2, 2012

Rumah

Loan rumah kerajaan dah berjaya submit pagi tadi oleh puan loyer saya, xskulmet. Untung ada kawan-kawan keje loyer ni, senang nak mintak tolong.Hehe

Teruja nak tengok rumah mula pembinaan..mungkin dalam 2-3 minggu lagi, tunggu kelulusan treasury. Kelayakan asal saya dah tolak sikit untuk tanah, balance tu lah untuk buat rumah. Alhamdulillah memang dari dulu berhasrat nak bina rumah atas tanah yang luas..bukan rumah siap beli dari developer. Senang nak kenduri-kendara, adik-beradik sedara-mara nak datang bertandang.Rumah lama kitorang aritu pon dah ada buyer, kawan-kawan juga..dalam proses jual-beli. Tenant rumah tu sekarang belum dimaklumkan..yelah dia dah lapse 5 bulan sewa tak bayar..lepas tu senyap terus takde khabar berita. Katanya dulu memang nak sangat beli rumah tu, tapi kitorang tak dapekla nak tunggu lama sebab nak pakai duit untuk rumah baru. Plus takde untung pun sewakan rumah tu. At least bila dah jual rumah tu kurangla sikit beban kos rumah baru nanti.

Masih mengekalkan lokasi di Seremban kerana kos yang masih murah dan berdekatan dengan kampung halaman serta kawan-kawan. Di kawasan rumah baru tu pun ramai juga kenalan saya dan hubby. Bolehla tolong tengok-tengokkan rumah bila kitorang takde..sebab bila dah siap je rumah tu kitorang taklah terus tinggal situ..kitorang akan balik during weekend dan cuti panjang je. Nak minta tukar kerja di state kitorang tak berminat. Saya pun kalau nak tukar ke state, biarlah under federal agency, bukan kerajaan negeri. Cukuplah pengalaman dulu kerja dengan state ni kalau tak pandai bodek, tak jadi plastik you takkan dipandang oleh top-top guns. Sorrylah..saya memang tak pandai bodek atau nak bermanis mulut. Dah banyak kes kawan kena tendang disebabkan 'kecerdikan' pihak atasan. Politik tak habis-habis..benci saya dengan situasi macam tu. Aman sangat rasa hati bila dapat bertukar ke federal..biarlah tak dapat pingat pjk ke pmc ke macam kawan-kawan di state, asal hati tenang tak jumpa manusia-manusia berhati busuk dan plastik itu.

Aikk..dah melencong plak cerita nie..
Banyak cerita nak post kat blog, tapi takde mood, malas nak karang ayat..dan macam-macam lagi lah..haha..
oh kamon..mood..di mana kamu?
oh ye, esok saya nak main netball..selection untuk temasya sukan KKM. Gian bangat sih dah lama tak turun padang main bola..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails